Thursday, 31 January 2013

TERBARU DI HATIJAH DAN KELUARGA

perkembangan kami

Assalamualaikum

Pekabar? Lama x muncul kan? Sibuk sikit kebelakangan ni. Nak uruskan beberapa hal berkenaan dengan promosi mee siput kami.

Kami sedang cuba untuk masuk pasaran di seluruh Malaysia dan pelbagai prosedur perlu kami jalani. Fasa pertama telah selesai. Fasa kedua dan ketiga bakal menyusul. Selepas itu nantikan produk kami di pasaran seluruh Malaysia.

Ada sedikit terbit rasa bangga bila wujudnya iklan belanjawan 2013 untuk produk IKS-Mee siput. Sungguh bangga. Walaupun orang didalam iklan tu bukan kakitangan kami atau lebih tepat bukan perusahaan kami, tapi kami bangga ada juga orang cuba untuk menembusi pasaran seperti kami. Dengan adanya iklan seperti ini, produk kami dengan mudah dikenali dan ramai yang mahukan sample.. berkat dari doa orang-orang yang terlibat. Alhamdulillah

Kami sangat komited untuk mencapai matlamat kami untuk menembusi pasaran dalam dan luar Negara. Jadi tentu anda rasa hebat bila anda dapati anda adalah orang terawal yang membeli produk kami. Kalau arwah papa saya yang mengalami pengalaman macam tu, sampai anak dan cucu dia bercerita betapa dia bangga menjadi pengguna terawal yang membeli produk tersebut.. hmmm… tiba-tiba teringatkan arwah papa. Moga arwah papa tenang kat sana.

Kami masih lagi menerima tempahan untuk kantin sekolah, kilang atau apa-apa kantin pun. Tak ketinggalan juga orang-orang yang ingin jadikan mee siput sebagai goodies di majlis cukur jambul, kenduri kawin, hari lahir atau apa-apa majlis pun. Snek kami sangat sesuai. Kami ada juga menjual mee sput yang telah digoreng dan siap di packing. Kalau orang lain tak pernah buat, kita la buat dulu. Mesti akan disebut-sebut orang kan.

Kami akan update perkembangan perusahaan kami untuk hari ini dan masa akan datang. Jatuh naik dan kegembiraan kami akan kami kongsikan bersama anda, In sha allah.

sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.




0 comments:

Post a Comment

Thank you for your support!