Wednesday, 19 December 2012

PROSES PENGERINGAN YANG LEBIH PANTAS DENGAN "SUPER" OVEN, tanpa matahari pun sukses!!

Perusahaan Hatijah Dan Keluarga adalah perusahaan seisi keluarga kami.


Assalamualaikum…

Bertemu lagi kita.. hari ni saya nak update cerita tentang Perusahaan Hatijah Dan Keluarga. Alhamdulillah kami berjaya buat oven untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengeringan mee siput. Walaupun cuaca ujan, walaupun cuaca agak lembap x kering seperti musim-musim panas, kami berjaya mengatasi masalah ini dengan adanye aven tersebut.

Jadi para pembaca dan pembeli x perlu risau tentang kualiti mee siput kami kerana ianye di jamin kering sepenuhnye. Dan ianye mmg boleh disimpan lama. Stok kami semakin banyak dan ianye dapat menampung tempahan-tempahan yang diterima. Terima kasih kepada pembeli-pembeli kami atas tempahan anda.

Cuti sekolah hampir habis. Sekolah bakal dibuka, musim persekolahan akan bermula. Jadi, pengusaha-pengusaha kantin sekolah boleh cuba menjual snek ini di kantin anda. Pulangan yang diterima pasti tidak menghampakan. Kami sedia membuat penghantaran sebanyak 100 bungkus sekali tempahan untuk setiap hari, kerana kami tidak kuatir tentang stok lagi.

Kami juga membuat pengeluaran mee kuning setiap hari. Hari ni order, hari ni kami buat… esok kami hantar fresh. Ini adalah tradisi perusahaan kami, pembeli kami hanya dapat produk yang segar sahaja… kami tidak simpan produk (mee kuning) yang usianye mencecah 2-3 hari untuk dijual. Kami hanya menjual mee yang baru di buat sahaja.

Saya suka makan mee goreng, tapi selera saya mati bila mee goreng tu rasa kapur. Pernah x anda rasa perasaan macam ni. Masa tu, saya rasa macam nak promote mee kuning perusahaan kami je… tapi takut gak dia baling pinggan kat saya, kan… hahaha. Jadi saya cuma jelling bungkusan mee kuning tu je.

Mee kuning kami tiada asid borik. Itu yang penting dan yang utamanye ianye buatan anak melayu. Mempunyai tahap kebersihan yang x mungkin akan diragui. Serta halal. Cuba lah mee kuning kami, pasti anda puas hati….

Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.





1 comments:

Unknown said...

Salam puan. Perusahaan ni dimana ye.

Post a Comment

Thank you for your support!