Tuesday, 26 March 2013

LAWATAN PELAJAR UTHM DAN UiTM KE PERUSAHAAN HATIJAH DAN KELUARGA

Bismillah…
Asslamualaikum dan haiiii… kali ni admin nak story sikit. Beberapa minggu yang lepas (uishhh, baru sekarang nak cite, dh lapuk kot) kami telah menerima panggilan dari pelajar-pelajar UTHM dan UiTM Skudai yang berhajat untuk meneruramah kami. Bukan temuramah yang ekslusif dan glamor pun tapi temuramah untuk menyiapkan final project diorang. So, kami dengan berbesar hati menerima tawaran untuk ditemuramah.

Huhuhu, kami nix de la banyak sangat pengalaman. Bisnes kami pun baru nak naik. Dengan kata lain baru setahun jagung. Tapi mana tau, bile student2 ni bentangkan projek mereka tentang dimana asalnye mee siput, pemprosesan mee siput, sejauh mana mee siput dikenali atau sebesar mana potensi mee siput boleh pergi dalam industry ni, di situ mungkin akan tertariknye minat para pelajar yang lain untuk mengenali mee siput. Secara x langsung, kami bantu pelajar2 ni untuk projek mereka dan mereka membantu kami dalam memperkenalkan mee siput kepada yang lain.



Sekiranye terdapat kekurangan kami dalam menjawap persoalan dan permasalahan yang diutarakan, kami mintak maaf. Tapi kami percaya, kami dan para pelajar telah bekerjasama dengan baik. Kalau ade yang berminat untuk jadikan mee siput sebagai final project u alls, jangan malu2 datang temuramah kami. Huhuhu… tiada bayaran dikenakan. Kami akan jamukan u alls mee siput dengan teh o lagi. Ok what? 

Dan kami ada juga menerima tempahan untuk minggu usahawan… wah, yang ni pun sangat dialu-alukan. Nak yang mentah? Yang dah goreng? Yang ade sambal? Xde sambal? Kami boleh uruskan… jangan risau.

Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.

Thursday, 21 March 2013

MEE SUP PERUSAHAAN HATIJAH DAN KELUARGA

Assalamualaikum pembaca sume… dah try ke mee hailam kami… sedap x? ade tokoh tukang masak terkenal x? hmmm, sedap x sedap tu sebenarnye subjektif kan..ade yang kuat masin, ade yang x.. ade yang suka manis2, ade yang x. bergantung pada individu. kekadang tu main campak2 je, hasilnye meletup. Sedap kemain lagi. Kalau kita flow resepi betul2 pun x dapat rasa macam tu… senang kata bergantung pada air tangan pembuat la kan…

Baru2 ni ade seorang customer yang telah kongsi resepi di page kami. Tp xdapat bagi gambar. Xpe xpe. Nanti bila saya senang, saya akan cuba resepi tu, amek gambar dan share kepada semua… apa2pun, terima kasih kepada Jue Azura dari Negeri Sembilan yang berkongsi resepi yang unik di page kami.

Arini saya nak kongsi resepi lain lak. Mee Sup Perusahaan Hatijah Dan keluraga.. resepinye x banyak lari ngan mee hailam. Cume tukar beberapa bahan sahaja. ha, jeng jeng jeng… jom follow sampai habis..

MEE SUP PERUSAHAAN HATIJAH DAN KELUARGA

Bahan-bahan (masak tuk 2 orang)
1) minyak
2) 2/3 biji bawang putih (tumbuk halus)
3) Ayam, daging, udang (ikut la mana nak letak)
4) Serbuk lada hitam
5) air rebusan daging/ayam (kalau xde, pakai air biasa je pun ok)
6) Garam
7) Serbuk perasa
8) Sayur-sayuran (sawi/ lobak merah/putik jagung/bunga kobis)
9) Telur
10) Mee siput/mee kuning perusahaan hatijah dan keluarga (hah, ini promote produk ni namanye.. hahaha)

Cara-caranye

1) Tumis bawang putih yang telah di tumbuk halus
2) masukkan rencah kegemaran anda (ayam/daging/udang)
3) bile ayam/daging/udang dah empuk, masukkan serbuk lada hitam ikut citarasa (hmm, kalau xde serbuk lada itam, tumbuk la 10 biji lada itam, pun boleh)
4) masukkan air rebusan ayam/daging (masuk air la senang. Tau, kita2 ni bukan rajin pun kadang2 tu)
5) masuk garam dan serbuk perasa
6) telur sebiji (pecahkan dalam periuk, jangan dihancurkan, biar dalam bentuk sebiji)
7) masukkan sayur
8) bancuh tepung jagung ½ sudu dengan air n curah di periuk. Gaul rata
9) last sekali masukkan mee kuning Perusahaan Hatijah Dan Keluarga. Kalau stok kat umah tu Cuma ade mee siput, x pe… resepi ni masih menjadi. Rebus je mee siput sehingga lembut. Bile dah lembut, masuk la dalam kuah…

nak tgk hasilnye… hmm sedapnye.. jemput makan ye