Ini masakan mudah, mee siput selain digoreng garing dan dimakan bersama sambal tumis atau sambal kicap cili padi, boleh juga kita masak macam mee biasa, cuma perlu dicelur terlebih dahulu..
BAHAN-BAHAN:
150 gram mee siput, celur hingga lembut dan toskan
1/2 cawan daging ayam yang telah didadu pada saiz sederhana
1 genggam isi kering
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1 cekak kuchai, potong pendek
2 1/2 camca besar sambal tumis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
Kicap cair secukupnya
Hirisan timun, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap, guna api kecil. Tambah hirisan daging ayam, kerang dan tauhu, kacau rata.
2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata dan masukkan kicap manis, kacau rata. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah taugeh dan kucahi, gaul lagi dan masak sekejap, tambah kicap cair secukup rasa (jika perlu). Kacau lagi dan matikan api.
3. Hidangkan dengan menabur hirisan cili merah sebagai hiasan dan hirisan timun serta limau kasturi.
Selamat mencuba...
Untuk dapatkan lebih maklumat berkaitan produk mee siput atau mee kuning kami; sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.
Monday, 10 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment
Thank you for your support!