Assalamualaikum...
Kami dengan rendah hati ingin memperkenalkan mee kuning dan mee siput keluaran keluarga kami. Kami beroperasi di Batu Pahat, Johor. Dan sekarang ini kami masih bergerak secara kecil-kecilan. Produk kami terjamin kualitinya kerana sentiasa diselia kualiti di setiap penghunjung proses pembuatan.
Selain itu produk kami tiada asid borik. Ia dapat dikenalpasti apabila mee kuning tersebut tidak bertukar warna kepada kemerahan-merahan. Seperti yang kita tahu, asid borik diantara punca kepada masalah kesihatan. Kementerian Kesihatan pun dah banyak tarik lesen pengelluar yang menggunakan asid borik.
Mee kuning kami lebih kenyal dan tidak mudah kembang bila direndam atau direbus terlalu lama. kualiti ini terjamin kerana kami sering mencuba dahulu produk sebelum dipasarkan.
Produk mee siput yang kami pasarkan mudah kembang dan tidak tawar atau terlalu masin. Warna lebih menarik dan ia tahan lapuk kerana kami jemur berhari-hari supaya ia benar-benar goreng. Kami akan cuba goreng dahulu untuk memastikan produk mee siput kami sedia untuk dibungkus. Kami sentiasa menjaga produk kami kerana kami yakin produk yang berkualiti akan dicari orang.
Kami mencari pasaran di seluruh Malaysia amnya dan disekitar Johor khususnya untuk memasarkan produk ini. Pengusaha-pengusaha kantin sekolah, IPTS/IPTA, kilang-kilang, Jabatan-jabatan kerajaan di alu-alukan. Kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk memasarkan produk ini. Selain untuk dimakan sendiri, anda juga boleh menjana income secara tak langsung.
Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.
Kami juga menerima belian secara runcit. Produk kami tidak akan menghampakan anda.
Monday, 3 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment
Thank you for your support!