Mee Siput juga sangat enak untuk dijadikan 'MEE KENDURI' iaitu sejenis masakan seakan mee goreng yang dihidangkan bersama Nasi Ambeng atau di makan begitu sahaja semasa kenduri-kenduri terutamanya di sekitar Johor.
Mee Siput direbus dahulu dengan air panas dan kemudian diceraikan berasingan. Sediakan ramuan mee kenduri iaitu bawang merah, bawang putih, lada hitam dan bilis yang ditumbuk dalam lesung sehingga lumat.
Panaskan minyak dan goreng ramuan sebelum dimasukkan mee siput yang telah dileraikan tadi dan tuang dengan kicap lemak manis.
Bahan taugeh, daun sup, daun bawang dan hirisan cili besar dimasukkan sebelum mee kenduri siap untuk diangkat.
Resepi Mee Kenduri berasaskan mee siput lebih lazat berbanding dengan resepi mee kenduri menggunakan mee kuning biasa. Kalau masak menggunakan kayu api akan menambahkan lagi kelazatan mee kenduri ini. (hehe ini cara orang-orang dulu, nak cuba pun apa salahnya kan).
Selain itu boleh juga di jadikan pengganti spaghetti bagi mereka yang tak boleh sangat nak menelan spaghetti yang jauh lebih pejal dan keras sedikit berbanding mee; atau mee siput juga dicampur dalam masakan sayuran campur. Makanan yang lebih sihat dan mengenyangkan buat anda sekeluarga.
RESIPI PERTAMA:
MEE SIPUT GORENG PEDAS
Cadangan Bahan:
2-3 mee siput (ikut keperluan anda) ~ direndam hingga lembut dan toskan
sedikit isi ayam/udang ~ dipotong kecil (anda boleh menambah pelbagai lagi isi untuk lebuh menarik)
1-2 cili mesin (lebih pedas, tambah lagi :)
2 biji bawang besar ~ dihiris
2-3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong dan direndam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar cuka
daun kobis ~ dihiris
lobak merah ~ dipotong/sagat panjang
1 biji telur ~ dipukul sedikit
sedikit garam dan gula
sedikit air
daun sup ~ dihiris
minyak
Cara Membuat:
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili kering.
Goreng hingga wangi dan masukkan isi ayam. Goreng hingga isi ayam bertukar warna.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan cuka.
Goreng sekejap dan masukkan hirisan sosej, kobis, lobak merah, garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati.
Alihkan tumisan ke tepi kuali dan masukkan telur .
Biarkan telur masak sedikit dan kacau bersama dgn rempah tumisan.
Masukkan mee sanggul dan sedikit air utk melembutkan mee.
Goreng hingga mee masak.
Hidangkan dalam pinggan dan tabur dengan hirisan daun sup.
Tadaa! Dah siap dan sedia untuk dimakan dengan enaknya bersama keluarga dan rakan-rakan anda!
RESIPI KEDUA:
MEE SIPUT SUP
Cadangan bahan-bahan:
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 sup bunjut
1 ketul kiub ikan bilis
Lobak merah secukupnya
Bebola ikan secukupnya
Udang secukupnya
Sotong/crabstick secukupnya - potong kecil
tomato 1 biji - belah 4
sekeping tauhu - potong macam nak masuk dalam mee goreng
2 keping Mee Siput
Garam/perasa tambahan ikut sesedap rasa anda! :)
air
Semasa sudah sedia untuk dinikmati, taburlah sedikit;
-daun bawang/sup
-bawang goreng
-cili merah yang dihiris
Cadangan cara buat kuah:
1. tumis bawang hingga wangi
2. masukkan air, sup bunjut, kiub ikan bilis/kiub ayam,
3. agak2 mendidih, masukkan lobak merah
4. agak2 mendidih lagi masukkan bebola ikan, udang & sotong/crabstick
5. agak-agak dah masak udang dan sotong/crabstick, masukkan tauhu
6. akhir sekali masukkan tomato dan garam.
7. garam,gula,perasa ikutlah sesuka hati ek..
Mee Siput tu pula;
rebus dalam air panas dan celur mee siput selama lebih kurang 2 minit atau sampai agak-agak lembut dan boleh dimakan
simple kan?? bolehlah dimakan dengan sup dan taburkan bawang goreng, daun sup/bawang dan buat sambal kicap, baru pedas sikit.. nyum nyum sedapnye!
Untuk dapatkan lebih maklumat berkaitan produk mee siput atau mee kuning kami; sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.
Monday, 10 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Thank you for your support!