Wednesday, 12 June 2013
APA YANG TERKINI - PERUSAHAAN HATIJAH DAN KELUARGA
Assalamualaikum dan haiiiii….
Pekabar? Hmmm… jom kita tinjau apa yang ingin admin kongsikan kali ini.
Pejam celik pejam celik, dah hampir setahun kami berkecimpung dalam bidang ni. Ramai gak yang call dan datang tuk mintak pendapat, tunjuk ajar dan maklumat berkenaan resepi, dan cara penyediaan. Kalau kami berkesempatan, kami sedia menerima kunjungan anda.
Sebenarnye, kami pun menjalani pelbagai proses atau kaedah untuk sampai ke system yang sistematik seperti yang kami gunakan sekarang. Kami juga seperti yang lain, melawati tempat-tempat perusahaan mee siput di sekitar negeri johor. Apa teknik yang rasa terbaik, kami gunakan untuk jadikan kami lebih effisien.
Tak mudah untuk jadi yang terbaik. Kami masih lagi cuba menembusi pasaran seluruh Negara. Kami inginkan bukan setakat org johor sahaja yang membeli produk ini tp kami mengidamkan orang-orang di luar negeri johor turut mengenali produk ini.
Sebenarnya cabaran kami untuk mempromosikan dan memasarkan produk ini sangat mencabar. Pemasaran di sekitar johor, terlalu banyak saingan kerana sudah ramai pengusaha-pengusaha mee siput di sekitar johor. Dan di tempat admin pula, x ramai yang mengetahui apa itu mee siput. Jadi, bagaimana kita nak komersialkan mee siput seperti hebatnye orang-orang mengenali laksa penang, laksam, lompat tikam, nasi kerabu dan sebagainye.
Tp berada di KL adalah bagus walaupun xramai yang mengenali produk ini. Tp ia bagus untuk kami. Kenapa admin katakana begitu, kerana sesuai dengan matlamat kami yang inginkan org luar merasakan produk ini, admin perlu ada disini. Di lubuk berkumpulnye orang dari pelbagai negeri. Setuju x dengan admin.
Selain dari mee siput kami bercadang untuk mempelbagaikan produk dan mempelbagaikan perniagaan kami. Perbincangan telah dibuat, perancangan telah di atur. Cuma sekarang kami perlu mencari lokasi yang sesuai. Admin akan makluman apakah bisnes yang akan kami lakukan dan dimanakah lokasinye.
sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment
Thank you for your support!