Hari ni nak kongsi ngan semua, cara masak mee hailam… bunyi macam chef terhebat di serata dunia je… hahahaha, hmmm jom la follow sampai habis
Bahan-bahan (masak tuk 2 orang)
1) minyak
2) 2/3 biji bawang putih (tumbuk halus)
3) Ayam, daging, udang (ikut la mana nak letak)
4) Serbuk lada hitam
5) air rebusan daging/ayam (kalau xde, pakai air biasa je pun ok)
6) Kicap manis/pekat
7) Gula
8) Garam
9) Serbuk perasa
10) Sayur-sayuran (sawi/ lobak merah/putik jagung/bunga kobis)
11) Tepung jagung
12) Telur
13) Tepung jagung
14) Mee siput/mee kuning perusahaan hatijah dan keluarga (hah, ini promote produk ni namanye.. hahaha)
Cara-caranye
1) Tumis bawang putih yang telah di tumbuk halus
2) masukkan rencah kegemaran anda (ayam/daging/udang)
3) bile ayam/daging/udang dah empuk, masukkan serbuk lada hitam ikut citarasa (hmm, kalau xde serbuk lada itam, tumbuk la 10 biji lada itam, pun boleh)
4) masukkan air rebusan ayam/daging (masuk air la senang. Tau, kita2 ni bukan rajin pun kadang2 tu)
5) masukkan kicap manis/pekat
6) masuk gula, garam n serbuk perasa
7) telur sebiji (kalau nak telur yang sebiji, pecahkan dalam periuk tapi kalau nak telur yang hancur, pukul telur macam telur dadar n curah di periuk n gaul rata)
8) masukkan sayur
9) bancuh tepung jagung ½ sudu dengan air n curah di periuk. Gaul rata
10) last sekali masukkan mee kuning Perusahaan Hatijah Dan Keluarga. Kalau stok kat umah tu Cuma ade mee siput, x pe… resepi ni masih menjadi. Rebus je mee siput sehingga lembut. Bile dah lembut, masuk la dalam kuah…
nak tgk hasilnye… hmm sedapnye.. jemput makan ye


Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.


