Thursday, 14 February 2013

PERJALANAN PERUSAHAAN KAMI

Assalamualaikum dan apa khabar? Harapnye sihat dan dah tak pening-pening cari snek sihat tuk hidangan seisi keluarga.

Kita dah berada di pertengahan bulan februari 2013. Kami semakin maju menapak ke hadapan. Alhamdulillah. Semakin ramai yang mengenali produk Perusahaan Hatijah Dan Keluarga. Kami sangat berbesar hati. Hampir setiap minggu kami dapat tempahan mee kuning untuk pelbagai jenis kenduri… kenduri cukur jambul, doa selamat, majlis pertunangan, hari lahir dan macam-macam lagi.. dan hampir setiap hari ada pembeli membeli secara langsung dari premis kami.

Untuk sampai ke tahap ni, pelbagai jenis kursus kami hadiri, pelbagai pendapat dan nasihat kami dapatkan. Ade gak, percubaan-percubaan pemasaran kami yang gagal. Kadang-kadang terasa sangat-sangat down. Tp, kami cuba lagi dengan strategi lain. Dapat ‘like’ dari pembaca pun dah cukup bagus. Walaupun sasaran kami sangat tinggi (ingin seluruh Malaysia tau akan adenye produk ni dan memasarkan di seluruh nagara), tapi kami terima ‘like’ tu sebagai permulaan yang bagus untuk masyarakat mengenali kami dan produk kami.

Akan datang kami akan mengeluarkan sos atau sambal untuk di makan bersama mee siput. Nantikan produk terbaru ni tau. Sebab kami tau , x ramai yang ada masa untuk buat semua ni, jadi kami tolong buatkan untuk anda. Kami tolong gorengkan untuk anda, kami sediakan untuk anda, kami tolong hantarkan untuk anda. sangat mudah.

Sebab saya sendiri pun pekerja sepenuh masa. Perniagaan ni, adalah part time yang x seberapa part time (haha, ayat apa tu). Jadi saya faham, masa memang terhad. Penat kerja sepanjang hari, tersekat di kesesakan lalu lintas, minggu depan adik nak kawin, kena plak pikir apa goodies sihat menjimatkan dan mudah. Xyah la pening-pening, kami akan menyediakan perkhidmatan tu untuk anda.

Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.

Psst, gambar kat sebelah kanan adalah pengarah kami, kat sebelah kiri adalah seisi keluarga perusahaan kami. Agak-agak, mana satu adalah saya. ;)

0 comments:

Post a Comment

Thank you for your support!