Tuesday, 26 March 2013

LAWATAN PELAJAR UTHM DAN UiTM KE PERUSAHAAN HATIJAH DAN KELUARGA

Bismillah…
Asslamualaikum dan haiiii… kali ni admin nak story sikit. Beberapa minggu yang lepas (uishhh, baru sekarang nak cite, dh lapuk kot) kami telah menerima panggilan dari pelajar-pelajar UTHM dan UiTM Skudai yang berhajat untuk meneruramah kami. Bukan temuramah yang ekslusif dan glamor pun tapi temuramah untuk menyiapkan final project diorang. So, kami dengan berbesar hati menerima tawaran untuk ditemuramah.

Huhuhu, kami nix de la banyak sangat pengalaman. Bisnes kami pun baru nak naik. Dengan kata lain baru setahun jagung. Tapi mana tau, bile student2 ni bentangkan projek mereka tentang dimana asalnye mee siput, pemprosesan mee siput, sejauh mana mee siput dikenali atau sebesar mana potensi mee siput boleh pergi dalam industry ni, di situ mungkin akan tertariknye minat para pelajar yang lain untuk mengenali mee siput. Secara x langsung, kami bantu pelajar2 ni untuk projek mereka dan mereka membantu kami dalam memperkenalkan mee siput kepada yang lain.



Sekiranye terdapat kekurangan kami dalam menjawap persoalan dan permasalahan yang diutarakan, kami mintak maaf. Tapi kami percaya, kami dan para pelajar telah bekerjasama dengan baik. Kalau ade yang berminat untuk jadikan mee siput sebagai final project u alls, jangan malu2 datang temuramah kami. Huhuhu… tiada bayaran dikenakan. Kami akan jamukan u alls mee siput dengan teh o lagi. Ok what? 

Dan kami ada juga menerima tempahan untuk minggu usahawan… wah, yang ni pun sangat dialu-alukan. Nak yang mentah? Yang dah goreng? Yang ade sambal? Xde sambal? Kami boleh uruskan… jangan risau.

Sila like page kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Juga fb kami Perusahaan Hatijah dan Keluarga. Kami menerima tempahan melalui fb, email dan sms. vivieabby@gmail.com / hatijah_saip@yahoo.com / vivie_8285@yahoo.com. Sms ke 0192986964 abby / 0197285989 faridz.

0 comments:

Post a Comment

Thank you for your support!